September Story

Assalamualaikum…

Cewah, tajuk kemain. Saje tgh free2 ni. Tgk last update 4 Sept ari tu, cerita psl pergi perlis. Pastu rs cm nk tulis aku and family punye cerita dr lepas blk perlis sampai la ke harini. (haha..macam pjg je bunyi nye kan). Cerita yg menarik2 je la aku cite, takkan nak cite sume dr bgn tido smpai tido blk tiap2 hari.hahaha… Since tgk dlm gallery phone ni cm byk sikit gmbr dr biase, so nak update n cite la sikit kpd sape yg suka bace.

First weekend on Sept┬áktorg pergi MMU Cyberjaya. First time la jgk ktorg jejak kaki ke situ. Sepupu husband ada convocation on that day. So, ktorg pn dtg la tuk memeriahkan convocation die.hahaha…

Sume mata sepet sbb panas.hehe…

Then org sibuk2 tgkp gmbr dgn convo boy, ktorg pulak sibuk cari tmpt yg lapang sebab org sesak sgt kat depan dewan. Terjumpa plak 1 spot yg menarik untuk bergmbr. (menarik la sgt, mcm nk tgkp gmbr passport ade la.hehehe…)

Furqan takut-takut.hahaha…

furqan skg klu bergmbr ngn mama n papa sengih pn x.

furqan skg klu bergmbr ngn mama n papa sengih pn x.

Tapi bile selfie sengsorang, bukan main lebar senyum.hahaha

Tapi bile selfie sengsorang, bukan main lebar senyum.hahaha

On second weekend actually we all ke Mid Valley. Sebelum ni jenuh pujuk husband ajak pegi Mom&Baby Expo, mesti die taknak pergi. Kbtln sabtu ari tu ade wedding ofismate die, pastu husband sendiri yg offer ajak pegi Mid Valley after attend wedding kwn die. Aku pn tak menolak la.hahaha… Dpt beli sikit2 brg furqan yg dh abes.

Cuti hari malaysia plak ktorg buat ad hoc plan.hehe… Around 10am aku saje2 buat ayat borak ngn anak “Nak buat apa la kite hari ni Furqan ye. Bile la mama nak bwk Furqan g swim2 kan.“hahaha… Nmpk tak disitu sape yg beria sbnrnye, mak ke anak. ­čśÇ Husband pn terus ‘Jom!‘ Husband terus google2 and call Baby E Baby Spa Wangsa Walk. Dapat book kul4 ptg. Sebelum pegi Wangsa Walk, ktorg lunch dulu kat AU2 Setiawangsa sbb dh lama aku nak try makan kat Black Canyon Coffee. Ramai ckp best mknn die. Plus dh lama betol xdtg area sane. AU2 dh ada wayang hokeh.huhuhu… So kat Black Canyon ktorg amek set lunch since ramai komen tomyam die sedap. Licin la ktorg abeskan set tu sbb tomyam die mmg best.

Ktorg order Set C

Ktorg order Set C

Husband order Mexican Ice Coffee sebab gelas die menarik.hahaha...

Husband order Mexican Ice Coffee sebab gelas die menarik.hahaha…tp sedap la ice coffe die.

┬áPukul 3.15 ktorg gerak ke Wangsa Walk. Tak sabar nak tgk Furqan main dlm air.hehe… Sampai sane, Wangsa Walk pn dh nmpk baru. Dr area TGI Friday smpai Buskin Robbin byk dah kedai baru, sesat skjp dlm tu nak cari Baby Spa. Teruja sungguh dah sampai depan spa tu.

Kedai dia tersorok tau. Kat Ground Floor,
area Absolute Thai, TGI sume tu.
So korang kenalah jalan sampai habis kedai kat ground floor tu insyaAllah jumpa.
Sejam sebelum appointment spa tu, Baby E hantar SMS untuk ingatkan pasal appoinmnt kami.
make sure anak-anak cukup rehat dan cukup makan/susu 30 minit sebelum sesi berenang. Risau klu tgh berenang baby tbe2 lapar, mengamuk plak kan.

┬áMasa kami sampai tu ade sorg je baby tgh swim kat tub besar. Seronok la sebab Furqan xyh tggu2 giliran.hehe…┬áSementara aku┬áisi borang, terus ade sorg staff Baby Spa amek Furqan and start bukak baju n tukar swim pampers die. Awal2 tu Furqan agak cranky sebab ramai org yg die tak kenal and staff kat situ pakaikan pelampung kat leher tu. Furqan dah 10 bulan, die tau benda tu tak selesa letak kat leher. Ape lg, terjerit2 la.hahaha… Aku pn request pakai pelampung lg 1 yg masuk smpai ketiak tu. Still menangis jgk masa mula2 masuk tub tu, tp staff situ pandai la pujuk n main ngn baby. Lama2 Furqan terus ok, blh adapt la.

Ni bile die dh ok sikit.

Ni bile die dh ok sikit.

Bestnye byk bola.

Bukan main selfie nak oii..huhu

30 minit jgk la furqan berendam.hahaha…bila dh lame dlm air die seronok la, smpai mcm xnk kuar dh dr tub tu.

IMG-20150916-WA0006

Massage Time

Massage Time

Kemudahan kat situ bagus la and sgt sesuai untuk anak2 and ibu2. Tgk la mainan Furqan main time staff tu tgh massage die, mama&papa pun cm nk main skali tau.haha.. Byk la mainan kat situ yg blh attract kanak2 ni. Ade nursing room jgk tau. Abes je Furqan bermassage and pakai baju, aku terus susukan furqan dlm nursing room.

Tepat2 sejam setel sume, husband pn buat payment. Harga 1 session RM86 (swimming + massage + swimming diaper). Tapi kami register untuk membership jgk, so tmbh RM10. Untuk next2 session blh dpt diskaun sikit la dr harga asal. Furqan pn dh penat swim, dh kenyang minum susu, keluar je dr spa tu kepala die dh lentok2 dh atas bahu papa die. On the way nak ke parking die dh lelap.hahaha.. penat sgt la tu. Next time mama bwk Furqan dtg lg ye.

Advertisements

Ke Perlis ke Kita

Assalamualaikum…

Minggu ni aku keje 2 hari je.hahaha… Semalam and hari ni. Cuti merdeka la sangat (tangan dibahu, mata ke atas). Furqan pun 2 hari je pegi rumah pengasuh, alhamdulillah dia tak meragam sangat kat umah pengasuh setelah melekat dengan mak die 24 jam selama 5 hari.huhuhu…

Ke mana destinasi aku cuti lama2??

Ha, first time aku jejak kaki ke Perlis tau. First time pergi padang besar. ┬áMain objective adalah ke UUM untuk pendaftaran adik ipar aku untuk 1st semester. Registration dia 1 sept plak. So plan pergi awal sebab nak g jalan2 kat sana dulu. 30 Ogos ktorg gerak lepas Asar dari rumah aku. Pukul8 singgah rumah pakcik kat trolak, untuk solat makan and rehat sekejap. 11 malam bermula la perjalanan kami ke utara. 3, 4 kali jugak la berenti kat beberapa R&R untuk rehatkan badan terutama husband aku as driver. Aku siap makan nasi lemak pukul 3pagi ok.hahaha… Pastu sambut merdeka dalam kereta atas highway syok jugak sebab dapat tengok bunga api banyak kali and free.hehehe…

5 pagi kami dah sampai area padang besar, tapi awal la sangat kan. Orang nyenyak tido lagi. Ktorg rehat kat masjid berdekatan and solat subuh skali. Sempat la jugak lelap mata lepas subuh tu.hehehe… Pastu pegi cari sarapan. Habes sarapan tu tanya la orang situ pukul berapa pasar padang besar bukak. Sekali pukul 10 da, 2 jam lagi nak menunggu. Husband bawak la ktorg ke Gua Kelam sementara tunggu pasar padang besar tu bukak.

Nasib sampai Gua Kelam tu, dah boleh beli tiket and masuk dalam. Suasana kat situ memang sejuk dan nyaman. Siap ada yang mandi air terjun kat tepi gua tu. Gua kelam tu memang kelam lah.hehehe… Ade spotlight dalam gua tu tapi tak sepanjang jalan. Ada jalan yang gelap ktorg pakai flashlight kat handphone je. Panjang Gua Kelam tu 370m kalau tak silap. Tapi ktorg jalan sampai 230m je, husband dah letih. Sian jugak kat dia, penat drive lagi, pastu nak jalan jauh lagi. Furqan pun not in the mood sebab dia tengah tido ktorg angkat die ajak jalan2. Tak senyum langsung, dah la gua kelam, kelam la jugak mood dia time tu.hehehe…

Ni kat dalam. Furqan bukan main mata bulat sebab kat dalam tu gelap.

Ni kat dalam. Furqan bukan main mata bulat sebab kat dalam tu gelap.

AiZ9EYojCYxH_w45Ltod8-FVdjakBF28hWHZMFwLPm7u

Nampak tak muka sapa yang teruja sebenarnya.hehehe…

Au9lLD25e3LJKWErqIn0S8n_sFbs5dXt089QaIdrWoZy

Sebelum bergerak ke Padang Besar, ktorg ke Wong Kelian dulu. Adik ipar pernah pergi die beli barang kat situ murah2. Jalan nak ke sana bukan main adventure k, kalah cameron. Tapi jalan die tak sepanjang cameron la. Husband drive sampai hujung Malaysia (hyperbola sungguh), ktorg still tak nampak tempat orang berjual2.

Imigresen Malaysia. Kat Depan sikit tu Imegresen Thailand.

Imigresen Malaysia. Kat Depan sikit tu Imegresen Thailand.

AsYjl3OEadbVCmM11ubl-T1HKhJ83B8BqfCvnaLMqLjX

Ni la maksud aku sampai hujung Malaysia.hehehe… Ktorg tak berani nak masuk pagar imigresen tu sebab takut mintak passport ke, mane ktorg bawak. Dah balik Selangor, baru la adik ipar aku gtau, boleh masuk je pagar imigresen tu sebab pasar wong kelian selepas imigresen Thailand je. Cume kite kene park kereta dulu, then jalan kaki melepasi imigresen2 tu.hahaha… Nape la time tu ktorg tak tnye org situ je or call adik ipar aku je. Haih, dah sampai Selangor baru tau, takpe lah MIL aku cakap next time.hehehe…

Misi masih diteruskan ke Padang Besar semula. Sampai2 memang ngam2 kedai baru bukak. Parking pun tak penuh lagi, dapat la ktorg parking dekat2. Kalau lambat sampai dalam tghr, memang sesak la nak cari parking. Kat sana memang rambang mata la jugak tapi tak tau nape takde barang yang aku berkenan. Aku and husband beli begpack Deuter kat situ sebab husband cakap murah. Aku follow je. Pastu MIL aku beli baju sekali baju2 untuk adik2 ipar aku yang tak ikut. Sebenarnya aku nak beli Toto, dah nak balik tu baru nampak kedai toto plak. Tak dapat nak singgah sebab FIL aku nak cepat, tak bagi beli2 lagi sebab dah penat sangat nak rehat2 n tido kat homestay plus kereta dah penuh dengan barang2 adik ipar nak masuk asrama. Like my MIL said, takpelah next time.hehehe…Ok kat padang besar takde gambar la plak sebab sibuk tengok barang.haha…

On the way ke homestay ktorg lunch dulu kat Changloon. Gamble je g kedai makan tepi jalan yang first nampak kat Changloon. Lauk2 not bad la siap ada ikan bakar. Guess what?? Ktorg makan berlima, RM29 je. 2 ekor ikan bakar, 2 ketul ayam panggang, 2 biji telur itik, dalam pinggan masing2 pun ade lauk lain termasuk sayur, air 5 gelas, RM29 je. Tak sampai RM6 sorg. Mane ade jumpa kat KL harga cm2. Memang ktorg plan nak lunch kat situ jugak la next day sblm blk.hehehe…

Pukul1 tghr check in homestay. Ktorg sangat puas hati dengan homestay ni, Homestay Taman Semarak Api. Rumah besar, 3 bilik 2 bilik air, 2 bilik ade aircond, tv skali astro, perkakas dapur lengkap, siap ada mesin basuh ok. Sampai je homestay ktorg terus laundry baju.hahaha… Total RM200 1 malam.

1 je gambar dapat snap.

1 je gambar dapat snap.

Dah setel mandi, solat, basuh and sidai baju, ktorg ape lagi tido la. Sedar2 dah pukul7, masing2 mamai je. Pas maghrib cari makan lagi la. Bangun tido confirm lapar. Ktorg dinner kat Restoran Rusni Makanan Thai. Standard la makanan Thai, mesti la order tomyam and siakap 3 rasa. Sedap jugak tapi service dorg time tu kurang memuaskan. Main dish (tomyam) sampai bila nasi ktorg dah habes. Pas dinner, balik rumah, ktorg berehat je and tido.

1 Sept, pagi2 lagi ktorg dah bersiap nak bergerak ke UUM, sebab adik ipar daftar start kul8-10 pagi. Tapi UUM 5 minit je dari homestay tu, tak kisah sangat. Cume takut lama nak mencari tempat daftar dia dalam U yang besar tu. Sampai je sana adik terus settle daftar, kemas2 barang dalam bilik. Aku duk dalam kereta je sebab Furqan tido.

Nama-nama hostel kat sana based on nama company2 besar kat Malaysia.

Nama-nama hostel kat sana based on nama company2 besar kat Malaysia.

Pukul 2 jugak la ktorg gerak balik Selangor. Tapi on the way tu husband start rasa tak sihat and tak sedap badan. Berenti kat R&R jgn cakap la brape kali. Maghrib ktorg decide singgah umah pakcik kat Trolak tu. Hajat nak bergerak balik malam tu jugak ke Selangor tak dapat diteruskan sebab husband tak larat and demam. Aku terpaksa amek emergency leave on 2nd Sept. Takpelah, bagi husband sihat sikit nak continue drive.

But then berbaloi jugak aku amek EL sebab boleh pergi buat passport Furqan. Kalau tak bila lagi nak cuti and buat kan. Lepas lunch ktorg terus pergi Imigresen Putrajaya. Nasib tak menyebelahi sebab masa ktorg datang ada event KUD plak area situ menyebabkan susah ktorg nak dapat parking. Dah sampai dalam imigresen, dorg tutup sebab lunch plak. Pukul 2 kaunter bukak, husband dah siap beratur kat tempat amek no. Tak sempat amek nombor pun, pegawai bgtau kalau baby kene amek gambar dulu kat luar. Padahal aku ngn husband dulu tangkap gambar kat kaunter buat passport tu je. Berjalan la ktorg ke bangunan sebelah cari kedai tangkap gambar. Pastu patah balik ke pejabat imigresen tu. Dapat no giliran, duduk je kat kerusi, Furqan terus je tido. Sian die penat tapi senang sungguh la dia tido kalau tempat beraircond.huhu…

Muka baru bangun tido terus kene tangkap gambar.hehehe...

Muka baru bangun tido terus kene tangkap gambar.hehehe…

Yeay! Passport siap, dah boleh g jalan2.

Yeay! Passport siap, dah boleh g jalan2.

Ha, sebelum abes entry ni nak gtau, sekarang passport dah kene buat/renew 5 tahun terus, takde 2 tahun dah. Untuk dewasa 5 tahun=RM200, kanak2 n warga emas 5 tahun=RM100. Murah la bg aku sebab dulu aku buat 2 tahun RM100. Ok lah, dah panjang sangat entry ni. Bye, assalamualaikum…

Mutual Seperation Scheme

MSS

We are offering to all of you to apply MSS.” – HR

Luluh jantung bila dengar.
Dah la pelbagai versi rumors yang keluar.
Hari isnin announce, jumaat last day to apply.
Seminggu je, mane cukup tuk fikir.

Aku ni baru berapa tahun kerja sini.
Nak apply pun macam tak berbaloi.
Lain la kerja lebih 10 tahun, gaji lebih 10k, confirm aku ambil.huhu…
Nak cari kerja lain berkaitan bidang aku sekarang pn dah susah.
My position outside mostly kene shift, if office hours pn kat rumah confirm kene buat kerja jugak like standby.
Then require travel and most the office in KL which i can’t and i don’t want.
Yang paling aku appreciate kerja kat sini sekarang, medical cover all family. Sebabnye company husband tak cover medical family, so sangat penting. Afraid if I get new job that have same medical plan like him, how about my child. Yea betul aku boleh apply medical plan lain untuk anak2, tapi kenapa perlu membazir sedangkan dah ada yang cover sekarang. Betul kan.
Aku aim nak kerja kat sini at least 5 years service. Then, either cari kerja lain, or jadi fully housewife. At least at that time dah tinggal hutang kereta (or maybe dah boleh jual kereta tu) and hutang PTPTN je. hehe…

First time kene offer MSS.
Terasa pening jugak la nak fikir.
Hati aku sekarang memang berat pada taknak apply.
Tapi the whole week ni, macam2 pendapat dan pandangan dari pelbagai pihak membuatkan aku punya keyakinan nak stay kat sini sekejap turun, sekejap naik.
Semoga aku tetap pendirian sampai esok.huhu…
Dan semoga aku tabah dengan segala kemungkinan yang bakal ditempuh.

p/s: mohon doa dari semua. ­čÖé

Bila anak mengamuk

Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat… Anak2 redha di tempat org… Belajar, bermain… Riang… Kongsi makan dan kongsi penyakit… xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita… Rindu ayah… Rindu mama..
Tp… Nak ckp rindu x reti… Nak tulis surat, xreti gak… Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad… Dia nak mama tgk dia… Nak ayah dukung, peluk dia… Dia buat perangai… Nak makan sndri… Nak itu… Nak ini… Nak dukung… Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg… “Mama saya rindu n sayang sgt kat mama…”
TAPI…..
Apa kita buat…
Bila anak2 bising… Kita marah…
Bila anak2 main… Kita herdik…
Dia nangis, kita jerit “DIAM!!!!”
Dia suruh ajar… Kita jawab “AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!”
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang…
Sedih hati seorg anak yg rindu mama… Yg rindu abah… Yg rindu pelukan ibu… Rindu dukungan abi…
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama…
Fikir sahabat…
Fikir teman2…
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama…

Hari tu terbaca kat FB org share status kat atas ni. Peringatan yang memang menginsafkan selepas baca. Aku yg mmg tiap saat fikir anak, terus rs nak amek die kat rumah pengasuh sekarang jugak.huhuhu… Furqan dah nak masuk 9 bulan, dalam process nak duduk and merangkak. Sekejap je dah besar, rasa macam baru je minggu lepas bersalin (ayat cliche) :p

Hampir 9 bulan ni jgk la aku dan husband sebagai ibu bapa baru, belajar macam-macam dalam menjaga dan membesarkan amanah Allah ini. Rasa berat nak┬átinggalkan Furqan kat taska atau rumah orang, kalau boleh nak besarkan die sendiri depan mata. Aku sebenarnya tunggu jugak ni rezeki nak jadi housewife. Amin… (korg jgn lupa doa dan amin kan ok.hehehe)

Rutin harian Furqan dengan mama&papa (weekdays):

6.30 pagi – sebagai alarm untuk mama and papa dia bangun solat subuh. Tapi time aku nak bangun tu la, time tu jugak die bangun merengek nak mengempeng. Aku bancuh je susu dalam botol and┬ápegi┬ásolat, mandi, bersiap. Papa die sambil jaga Furqan minum susu, sambil solat kat sebelah (jangan tiru aksi ini dirumah jika anak anda belum pandai minum sendiri.hehe…).
7.30 pagi – Aku dah siap, take turn plak dgn husband. Husband bersiap, aku kemas school bag Furqan sambil melayan dan berborak dengan die.
8.00 pagi – gerak pegi anta Furqan ke rumah pengasuh.
8.30 pagi – sampai kat rumah pengasuh, aku peluk cium salam dan babai Furqan┬áthen┬áaku terus g keje.
5.30┬ápetang – husband amek Furqan.
6.00 petang – aku sampai rumah. Baru dapat jumpa Furqan semula. Nampak je mama die kat depan pintu rumah terus merengek nak mama die angkat and susukan. After susu, Furqan main dengan papa die, aku pun main masak2 kat dapur sambil husband tolong sikit2.hehe…
8.00 malam – Sebelum ktorg dinner, aku akan bagi Furqan makan dulu, so then waktu ktorg makan die dah kekenyangan and boleh main sendiri.
9.00 malam – waktu untuk Furqan tido.┬áDie dah tido, baru la aku siapkan kerja rumah yang lain.

Nampak tak hanya berapa jam je Furqan bersama ktorg bile ktorg bekerja. Malam die memang tido lena, tak banyak ragam selain minum susu 2, 3 kali. Sebab tu aku kalau boleh nak lambat2 hantar die ke pengasuh, and nak cepat2 amek die dr pengasuh. Furqan la yg plg lmbt sampai dan Furqan jgk la yg plg awal blk.hehehe… So disebabkan kami hantar ke rumah pengasuh la, sekarang die akan mengamuk kalau time blk aku tak pegang die. Umur dah makin bertambah, akal pun dah bertambah, perangai pun dah macam2.hehe… Memang menguji kesabaran bagi kami yang pertama kali membesarkan anak sendiri. Ada masa dah sampai tak tau nak handle cmne.┬áSo kat sini aku nak share la ngn korg apa yang aku jumpa tuk handle anak mengamuk ni. Sumber imuslimshop.com.

Capture11. Cara ni ramai dah tau kot lebih2 lagi yg dh penah tgk video org korea ajar anak die bila buat salah. Klu nak apply ni untuk Furqan masih belum sesuai kot sbb die xfaham lagi.

Capture12. Yang ni memang aku selalu buat. Habis tawaf 1 rumah aku peluk die sambil baca ayat kursi and selawat2.

Capture13. Cara ni aku akan cuba sedaya upaya untuk tenang, taknak marah (walaupun pernahlah jugak termarah sebab dah tak sabar sgt.huhu..)

Capture14. Ini pun aku akan berusaha tidak akan pukul dan jerit bila Furqan mengamuk. Memang btol kalau kite lg marah, die akan lg kuat meronta.

Ada banyak lagi cara sebenarnye especially untuk kanak2 usia 2 tahun ke atas yg dh faham cakap parents. Nanti aku share lagi ye. Kesimpulannya, bersabarlah dalam membesarkan dan mendidik amanah Allah yg dipinjamkan kepada kite. Pesanan ni untuk diri sendiri jugak. Mama & Papa sayang Furqan sgt2! #muahciked

PERASAAN. FEELING.

Perasaan tu feeling lah. Feeling tu perasaan lah. Eh, apa aku ni.hahaha… Sama je maksud die just perasaan adalah perkataan dalam bahasa melayu, dan feeling is word in english. Pandai2 la korg fahamkan. ­čśÇ Alhamdulillah ari ni dah 27 Ramadhan 1436H. Dalam tak sedar, dah 27 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. Kalau ikut kalendar, tinggal 2 hari je lagi nak berpuasa (esok dan lusa). Sekejap je kan masa berlalu. Petang ni dah start balik kampung. Feeling excited! ­čÖé okeh, perasaan pertama.hehehe… Balik kampung awal boleh berpuasa dan menghabiskan sisa2 Ramadhan bersama keluarga even awal Ramadhan dah balik sambut puasa dengan mereka. Tahun ni turn raya kat Muar plak dan kelainan raya tahun ni, kami raya bertiga! ­čśÇ┬áFeeling wonderful!┬áhehehe… Tahun lepas bertiga jugak tapi still dalam perut mama die, tahun ni budak tecik tu siap ada 3 pasang┬ábaju melayu tuk raya.hehe…kalah papa die. Furqan said: “sorry papa…

ha, punye la suka tengok upin&ipin, sampai mama belikan baju upin&ipin untuk Furqan.

ha, punye la suka tengok upin&ipin, sampai mama belikan baju upin&ipin untuk Furqan.

Ni contoh baju kedua yang ditemui die kedai Si Kecil Ibu, Selayang.

Ni contoh baju kedua yang ditemui di kedai Si Kecil Ibu, Selayang.

Baju ketiga? tak jumpa plak gambar contoh kat google. Tunggu gambar raya la eh (itu pun kalau ada masa nak snap gambar raya.huhu…) Tapi raya kali ni rasa sedih sebab hari raya ke-3 dah balik KL. Sekejap je dapat beraya kat kampung. Tapi takpe lah nanti ada masa boleh balik kampung lagi. Tak semestinya tunggu raya baru balik kampung kan?hehe… And of course feeling thankful┬á(Alhamdulillah) that my husband start his new job hari isnin tu sebab tu balik KL awal.huhu… but mama Furqan still cuti sampai hari selasa coz babysitter Furqan mintak cuti sampai hari selasa tu. Ginilah kalau dah ada anak. Cuti2 mcm ni kene ikut la pengasuh/taska/sekolah punya cuti. Now, aku rasa mengantuk sgt. Dah 3 malam tak cukup tido sebab Furqan tak sihat. Ingatkan Furqan demam sebab tumbuh gigi, rupenya sebab ada ulser kat tekak. Symptoms yang doctor explain ari tu, dapat rasa bonjol2 kat kalenjar bawah dagu (ni husband yg dpt rs), then air liur keluar extraordinary, and lastly taknak makan sgt or marah2 bila bagi makan sebab bila dia telan makanan yang berketul sikit menyebabkan tekak dia sakit. Haraplah sembuh cepat. Nak raya dah ni nak.huhuhu… Satu lagi perasaan, aku rasa terkilan sebab tak dapat nak buat lagi 2 kuih raya yang aku sangat tak sabar nak try buat sebenarnya. Bahan semua dah beli, butter sampai 2,3 keluar masuk peti. Tapi takpe lah, ada hikmah kot tak dapat buat. Sepanjang ramadhan ni rasa happy la sebab sempat berbuka puasa ramai2 dengan kawan2 kat luar. First berbuka ngn senior uia (padahal arif ngn mael je pun.hehehe…) kat Johnnys, IOI City Mall. Gambar ada kat phone husband plak. First time la berbuka puasa kat luar bawak Furqan, so far ok la. Furqan just merengek nak tido je tapi dia layan lagilah mama dia bagi makan biskut. Second berbuka dengan kawan2 UIA. Kami berlapan (aku husband and furqan, naqib isteri and raef, salam and bakal die) terasa nak buka pose makan nasi arab. Ha, salam yg slalu jd mastermind la book kat kedai member die, Arabian Kitchen R&R Kesas. Set ramadhan murah dan sedap.

Don't judge book by its cover.hehe...

Don’t judge book by its cover.hehe…

Next berbuka dengan kawan2 kerja husband kat Mongol Steamboat & Grill Puncak Jalil. Aku suka tempat ni sebab dia buat ala2 Seoul Garden dengan harga set ramadhan yang murah sikit RM29. Makan pun semua ok tapi kalau duduk meja kat belah dalam panas and bahang la sikit kan. Furqan merengek la jugak beberapa kali.

Cam biase from google image. Aku sekarang dah tak pegang phone bila kat luar so takde nak snap picture.

Cam biase from google image. Aku sekarang dah tak pegang phone bila kat luar so takde nak snap picture.

Kelmarin berbuka puasa ngn chingu plak kat Maharaja Steamboat & Grill, Selayang. Not bad la cume ramai sangat sampai tak sempat nak makan aiskrim.huhu… Harga untuk Ramadhan set pun menarik, siap ada diskaun 10% kalau call untuk book (thanks to aisyah yang tolong call.hehe…). So sorang dalam RM26.

Google image lagi. Gambar ngn chingu pun aku tak sempat amek, sedih btol.

Google image lagi. Gambar ngn chingu pun aku tak sempat amek, sedih btol.

Last but not least, semalam berbuka dengan ex housemate husband kat Nandos Alamanda. Macam biase amek set ramadhan la kan nak murah, dalam RM60 untuk 2 org.hehehe… Tapi takleh nak duk makan lama2 sebab Furqan meragam plak. Gambar lagi la takdekan.hahaha… Dah tbe2 review pasal tempat buka pose dah kenapa kan. Fikiran pun dah menerawang dah ni sambil taip sambil borak ngn ofismate sambil idea untuk entry ni datang dan hilang sambil rasa macam eh dah nak balik kejap lagi kene habiskan entry ni cepat.hahaha… Pening la korg baca. Ok lah, dikesempatan ini nak ucap la Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua. Maaf semua salah silap ye. Husband dah sampai depan ofis plak. Assalamualaikum… ­čÖé

My Skin Care Journey

Assalamualaikum…

Memandangkan aku baru beli dan guna pencuci muka & krim muka baru bulan ni, so terasa nak share sikit penggunaan skin care product aku dari aku mula2 pakai hingga sekarang. Aku ni bukannya jenis suka nak bermake up dari zaman remaja lagi. Cuci muka and pakai krim pn ala kadar je. Kalau every day bersiap keluar nak pergi kelas or kerja pakai la jugak, tapi kalau weekend or hari yang tak pergi mane2, lepas mandi terus duk depan tv takdenye nak calit2 krim or bedak kat muka.

Aku start pakai product2 penjagaan muka ni masa sekolah menengah. Tak ingat form 1 ke form 2. Biasalah dah duk asrama, tengok kawan2 bukan main berputih2 muka nak g kelas, aku pun cuba la jugak ikut. First skin care product aku adalah Fair & Lovely. Memang legend la product ni. Sampai sekarang ada lagi. Fair & Lovely ni memang berkesan la dan memutihkan muka. Aku pakai pencuci muka and krim muka je. Pastu tepek bedak. Siap!

Google: Ni dah packaging baru, yang lama dah tak jumpa.hehehe...

Google: Ni dah packaging baru, yang lama dah tak jumpa.hehehe…

Habis SPM aku tukar plak kepada POND’S. Advance sikit la memandangkan lepas SPM buat kerja sambilan, so ada la duit sikit nak beli yang best sikit.hehehe… Product ni pun advance la sikit sebab siap ada toner untuk melembapkan muka. So masa untuk┬ábersiap bertambah la 2, 3 minit.

Kulit muka takdelah flawless macam gambar ni tapi ok la hasilnya. :D

Google: Kulit muka takdelah flawless macam gambar ni tapi ok la hasilnya. ­čśÇ

Tak lama sangat aku gune POND’S, dalam 2 tahun jugak la. Lepas tu aku tukar OLAY. Masa tu dah masuk main campus kot. Ada PTPTN la katakan. Aku pun menggatal la guna yang lagi best dan kalau tak silap sebab aku nak pakai OLAY adalah duta OLAY masa tu Siti Nurhaliza.hahaha… Aku kan peminat dia, maka nak ikut cantik macam dia la ­čśŤ Product OLAY ni mahal sikit, so aku pakai pencuci muka and krim muka je. Then macam biase tepek bedak. Effect dia? Adalah jugak yang tegur aku macam Siti Nurhaliza.hahaha… Gurau je. Boleh tahan la sebab mak aku ada tnya pakai apa kulit makin cantik. (Cewah…) Lama jugak la aku pakai OLAY ni, lebih kurang 7 tahun setengah. Tapi kulit takde lah selama 7 tahun tu, makin bertambah cantik macam tepung komak tu.hahaha… After 5 years effect tu, kulit muka sume maintain je.

Pencuci muka

Pencuci muka

Krim muka

Krim muka

Sebenarnya dah lama nak tukar product skin care aku ni, tapi tak tahu nak tukar kepada apa. Sehingga la company aku ada program percuma healthy screening. Tapi bukan ada healthy screening saje, derma darah ada, cek mata ada, cek tekanan darah and glukose pun ada, skin face screening and breast screening pun ada uolss. Sebab dah free aku try la sume except breast screening sebab tibe2 kene bayar RM30 plak.huhu… After skin face screening tu, specialist tu cakap aku ada 2 masalah kulit muka je. Pigmantasi and bakteria. Dia galakkan aku tukar pencuci muka (for less pigmentation) and tukar sunblock (means krim muka untuk buang bakteria).

Dan oleh sebab itu, aku decide la nak tukar pencuci muka dan krim muka aku. Aku start la beli Set Safi Balqis Perfect 10. Jangan tanya aku kenapa pilih Safi sebab aku sendiri tak tahu kenapa.hahaha…

Ha, harap2 muka cantik macam Shila Amzah plak.hahaha...

Ha, harap2 muka cantik macam Shila Amzah plak.hahaha…

Dalam kotak tu ada 3 benda yang kene pakai ikut turutannya.

Cam biasa lah ni pencuci buka untuk bersihkan muka dari segala kotoran.

Cam biasa lah ni pencuci muka untuk bersihkan muka dari segala kotoran.

Ni die tulis kat situ Serum. Macam toner la agaknye sebagai pelembap muka.huhu...

Ni die tulis kat situ Serum. Macam toner la agaknye sebagai pelembap muka.huhu…

Next krim muka sebagai sunblock la agaknya.hahaha...

Next krim muka sebagai sunblock la agaknya.hahaha…

Aku dari dulu memang pakai krim siang je sebab memang selalunya aku akan pakai pagi je, malam tak pakai krim ape2 pun. Penah ada la jugak dulu krim malam OLAY tapi sekejap je aku pakai (sekejap sangat) sebab tak displin.huhu… Jadinye produk2 ni memang aku pakai sekali sehari je. So tunggu la dulu hasilnya dari Set safi Balqis ni. Aku tunggu husband aku komen dulu. Kalau cam biase je aku stay kot sebab lagi murah (hahaha), tapi kalau lagi worst kulit muka aku, aku pakai balik OLAY. Dan mungkin aku bertukar kepada product baru, kat dahi dah muncul jerawat degil yang besar (sakit woo) setelah sekian lama aku tak dilawati oleh jerawat2 ini,huhu… So kita tunggu dan lihat je la hingga sebelum raya nanti. Mintak2 semua ok, kalau tak kurang menarik la muka aku nak raya nanti.hahaha…

Makeup?? Macam aku cakap awal2 tadi aku ni bukan jenis orang yang suka makeup. Lepas pakai krim muka, terus pakai bedak. Takde lipsbalm or lipstick, takde celak or eyeshadow, takde blusher bagai. Compact powder pun pernah ada tapi tak kekal.huhu… Bedak Johnson’s la penyeri wajah aku dari dulu lagi. ­čśÇ

Bedak Johnson's warna purple ni lah yang paling aku suka baunya walaupun pakai tiap2 pagi, tak pakai time bedtime pun.hahaha...

Bedak Johnson’s warna purple ni lah yang paling aku suka baunya walaupun pakai tiap2 pagi, tak pakai time bedtime pun.hahaha…

Note: Jangan lupa wudhu’ pun salah satu skin care treatment dan penyeri wajah kita sebab lebih dari 5 kali kite pakai dalam sehari. ­čÖé

Roti Jala Resepi Mak

Assalamualaikum…

Aku baru balik shopping barang buat biskut raya. Mula2 ofismate ajak g giant kat The Mines tu, aku ok je la sbb nak cari cornflakes and butter je. Sampai giant, tangan ni laju je capai macam2,hahaha…Kalau ada laki aku dah kene bebel dah. Siap ice cream Walls TimTam yang baru tu, baby bite and cerelac untuk Furqan aku borong. Sedang plih2 barang, ofismate cakap nak g Bagus kat Sg Besi. Aku apa lagi, on je la.hahaha… Bagus adalah kedai menjual barang2 bakery. Memang kat Bagus takde sape la boleh control aku. Sume benda aku capai dan berharap dapat buat la 2, 3 jenis biskut raya weekend ni.

Okeh, entry ni bukan nak cite pasal buat biskut raya, tapi nak tepek and simpan resepi roti jala kat sini. Penghasilan biskut raya nanti aku compile and akan tulis bila sume biskut raya dah setel by end of this week ok?hehehe… Kemarin memang blur nak buka pose ape. Husband plak cadang buat kari ayam. Aku terus terfikir nak buat roti jala la. Lagi pun boleh tambah roti canai segera yang dah ada dalam peti. So semua makanan menggunakan main dish yang sama, Kari Ayam. Husband terus call adik ipar kat umah suh keluarkan ayam dari freezer. Aku plak call mak aku nak tanya resepi roti jala. Mak aku boleh cakap senang je nak buat roti jala tu. Pergh… Dah dengar resepi mak aku, aku pun balas “la…senang je.┬áMemang resepi mak lah…hehehe“.

1 cawan tepung gandum
secubit garam
1 biji telur
1/2 cawan air
sedikit pewarna kuning

cara2nya?? Aku blend je sume.hahaha… Then panaskan pan, gris dengan minyak masak. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan roti jala, dan mulalah menjala.hehe…

Makesure adunan tidak begitu pekat atau berketul. Bagi die smooth je dijala.

Makesure adunan tidak begitu pekat atau berketul. Bagi die smooth je untuk dijala.

Agak dah masak, angkat and gulungkan ikut citarasa anda.

Agak dah masak, angkat and gulungkan ikut citarasa anda.

Untuk kari ayam aku buat simple je. Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah 4 sekawan. Masuk 1 senduk kari. Then masukkan ayam & kentang, kacau sampai semuanya┬ádah dipenuhi kari. Masukkan santan 1 kotak┬á(aku guna santan M&S kotak paling kecik) and 1 kotak air (isi air dalam kotak santan tadi, goncang2 dulu sebelum tuang). Kacau kuah sampai didih, tambah garam secukup rasa. Bila ayam dan kentang dah empuk, tutup api and sedia untuk dihidang. ­čśÇ

Note: Sape nak cuba tu selamat mencuba ye. ­čÖé