I, Me, Myself – Part 2

Assalamualaikum…

Okeh, hari tu dah bagi tau nak continue part 2 with my carrier life kan. Tapi tak de lah nak bagi tau detail aku kerja kat mana, just nk share experience la. Kerjaya aku bermula dengan practical. Biasa la tahun akhir dekat U, sibuk dengan practical and final year project. Seronok sbb practical period untuk course aku, on the last semester. So lepas practical takdelah nak fikir masuk belajar balik which is memang dah takde perasaan nak belajar lagi dah.haha…

Duration of my practical training around 6 months, started from 1 May 2012 till 31 Oct 2012. Mula2 nak cari company untuk start practical ni memang kelam kabut jugak la. First time experience macam apply keje kan. Pastu tak tahu nak keje apa and nak keje kat company mana. Seingat aku, aku cume apply 3 or 4 company. Most of the company area Kuala Lumpur, tengah2 bandar, yang penting berdekatan LRT (konon boleh g keje naik LRT la) huhu… Rasanya antara 3/4 company tu, 1 company je aku kene interiew, tapi tak lepas pun.huhu… Fail part speaking kot.haha… Then, aku dapat offer daripada satu company ni thru email je, job under consultant service department. Ingt nak tunggu offer lain dulu baru pilih, tapi memandangkan masa tu dah dekat sangat dengan tarikh submit company name to Faculty General Office, aku accept je la dengan tawaran allowance RM300 je. T_T (boleh la walaupun aku punye allowance paling rendah kalau tak silap). Nasib baik sepanjang practical tu aku dapat tinggal kat hostel je, so duit guna tuk pergi balik keje and makan je la.

Aku sepatutnya start practical 1 May, tapi boleh pulak pagi tu aku malas and call company “boleh tak kalau saya start esok?” hahaha… tak ke lawak and sukati aku je nak request2 macam tu. Then person in charge form that company pun baik sangat reply “ikut awak la. kami akan record, follow date start awak masuk company“. So hari tu aku melepak je dalam bilik sedangkan orang lain dah start lapor diri kat company masing2.haha… Esoknye aku bersiap and berjalan ke bus stop dengan afiqah and izyan. Ha…first day aku nak g keje tu la ada perkara yang tidak diingini berlaku. Pagi tu boleh dikatakan lambat sikit la bergerak ke bus stop. Pastu tunggu bas tak datang2 dekat setengah jam. Aku, izyan and afiqah decide nak naik teksi je. Dari jauh dah nampak 1 teksi and ktorg aim nak tahan and naik teksi tu. Dah nampak dah sebenarnye teksi tu slow motion je gerak tapi ktorg tak hirau sangat. Dah naik teksi tu mula rasa tak selesa. Masa tu gerimis sikit, boleh plak tingkap teksi bahagian pemandu tak boleh tutup. Kami bertiga jadi mangsa kat belakang kene hujan (terutama aku sebab aku duduk belakang pemandu,hahaha). Then, sepatutnya tak sampai 15 minit pun dari hostel nak ke stesen LRT, pagi tu jadi setengah jam baru sampai LRT. Stress ya amat, pakcik teksi tu drive slow and steady betul. Sabar je la pakcik.huhu…Kelam kabut la ktorg kejar LRT. Tambah setengah jam lagi perjalanan, memang aku dah cuak la confirm aku sampai lambat. Dah la first time datang, tak tau selok belok bangunan kat situ. Dua tiga kali jugak la aku pusing2 blok kat area situ, siap tanya semua orang aku nampak. Sampai je depan ofis, disambut dengan senyuman oleh receptionist kat situ. Di suruh duduk kejap, aku apa lagi cari kerusi bawah aircond.hahaha… But then, alhamdulillah tak kene marah ke apa.huhu…

Settle short briefing, terus diassign under BI (Business Intellignece) team. Memang blur la nk buat apa sebab tak de orang sangat kat ofis tu and yang ada pun sibuk buat keje. And from that point la aku kenal SAP, BI, BW and also baru ku tahu macam mane kerja sebagai seorang consultant.hahaha… Walaupun mula2 aku tak berapa minat, tapi dah start belajar and dah start buat keje (setelah seminggu dorg suh cari sendiri and study sendiri artikel yang berkaitan) minat tu datang sikit2 and rasa bersyukur sangat involvekan diri dalam bidang SAP ni.

SAP (System, Application, Product)

Okeh, meh nak cite sikit pasal SAP. SAP ni sangat luas kalau nk study. SAP ni adalah system to keep track every data transaction for an organization. SAP ni famous la dengan company2 besar macam O & G (Oil & Gas) and IT company. SAP ni blh dikatakan ada 4 bahagian.

  1. BASIS – handle pasal network, server, connection. kalau server down, table space dh penuh ke, dorg la yg settle.
  2. FUNCTIONAL – functional ni ikut module such as HR (Human Resource), FICO (Financial Controlling), MM (Material Management) and banyak lagi. so dorg akan attend request from their respective user (based on department) and configure/create new requierements.
  3. TECHNICAL – basically technical thing refer to ABAP. ABAP ni SAP punye programming.
  4. REPORTING – ha, ni part aku under BI (Business Intelligence). terbahagi kpd 2, BW (Business Warehouse) and BO (Business Object). BW ni back end, which is extract data2 from SAP (yg functional and user dah create and key in transaction in SAP) and store dlm BW. Then, hasilkan  report drpd data2 yg dh extract td. BO ni plak front end dr segi presentation, nak nampak lg menarik bila korg present report instead of using excel or powerpoint.

Experience aku masa jadi consultant byk yang best la. Flexible working hour, working place. Kirenye xde la kisah sgt dtg lmbt keluar ofis awal ke, then boleh work from home. Kerja plak dalam team, dapat team lead best plak tu, kerja pn seronok (kerja lewat sampai tgh malam pn best.bujang lg la konon masa tu.hehehe…). Pastu tamat je 6 bulan practical training, company tu terus offer nak serap masuk as permanent. Memang seronok la. Takyah susah2 hati nak cari kerja lain. So continue je dgn kerja yg ongoing. Byk jgk project aku involve and byk la experience jumpa and handle macam2 org. Tipu la kalau takde langsung orang yg stress dgn keje dorg kan. Aku ade satu tahap yg stress sgt dan menyebabkan aku berenti kerja apabila management dikuasai oleh client and diassign dgn workload yg sepatutnye upper level punya kerja. Aku tamatkan khidmat aku at my first company end of September 2013.

Then kawen!!! hahaha….Rezeki kawen aku dpt offer company baru, and start kerja 1 October 2013. Aku still continue buat SAP BI. Maka disini la aku sampai sekarang. So far, ok je kerja aku (sbb xbyk keje sgt pn.hahahaha…). Tgh tunggu new project ni tp ntah bile la nk start. Dah boring sgt ni boss.hahahaha…

Note: nak tau lebih detail pasal SAP boleh cekedout kat link ni http://help.sap.com/.
okbai. nk continue pasal marriage and family life plak.hehe…

#throwback #chingu

Assalamualaikum…

Ha entry ni gara2 chingu rindu memory lama2.hahaha…

Chingu ni adalah perkataan Korea yang bermaksud kawan. Keakraban chingu ni dah tercipta dari zaman matric uia lg sehingga la sekarang. Aku je baru join 2 tahun lepas.hehe… Aku kenal chingu from housemate aku Izyan n Afiqah. Officially invited to join Chingu group awal tahun 2013 since follow dorg pegi wedding one of the chingu and ala2 jd bridesmaid Liza di Kedah.

Ni la housemate aku Afiqah & Izyan.

Ni la housemate aku Afiqah & Izyan.

First time gather dgn chingu di wedding Liza. Memang best and awesome!

First time gather dgn chingu di wedding Liza. Memang best and awesome!

7

~cheeessseeeee~

8

Bersama pengantin yang cantik di atas pelamin.

bergambar di homestay

bergambar di homestay

Ktorg pn sibuk bergambar time pengantin buat outdoor photography.hehehe...

Ktorg pn sibuk bergambar time pengantin buat outdoor photography.hehehe…

Sebenarnye ada je memory dgn chingu sebelum ni. Yang paling ingat sekali pegi wedding kakak Gee di Chemomoi (betulkan aku gee kalau salah) hahaha… Tak ingat macam mane terjadinya plan nak g wedding kakak Gee tu. Rasanya unplanned punya aktiviti. Kami berempat (aku, afiqah, efa dan wawa) sewa kete and efa yang drive sepjg perjalanan. Ingatkah korg? 😀

Kami yang excited bergambar atas pelamin, kalah pengantin.haha..

Kami yang excited bergambar atas pelamin, kalah pengantin.haha..

Fazet, Gee, Wawa, Efa, Afiqah

Fazet, Gee, Wawa, Efa, Afiqah

Then, korek FB terjumpa gambar ni. Serius xingat event apa tapi aku contact dorg sbb ada ticket free. Even tak berapa ingat apa yang terjadi time tu, nak jgk post gmbr ni sbb nk mengimbau kenangan dgn dorg.hehehe…

Fazet, Gee, Aimi, Kam, Liza *3 lelaki blkg tu artis kot.hahaha

Fazet, Gee, Aimi, Kam, Liza
*3 lelaki blkg tu artis kot.hahaha

Tahun 2011 kalau xsilap, pegi wedding kakak Atif. Dari awal majlis smpai akhir majlis kamilah tetamu paling lama duduk kat wedding tu.hahaha…dr sambut tetamu, distribute door gift, makan, bergambar, macam2 la ktorg buat.hehehe…

Sume control ayu time ni. hehehe...

Sume control ayu time ni. hehehe…

The most unforgettable memory apabila mereka datang wedding aku. Terharu sangat, dorg teman dr lepas makeup, nikah and sampai sanding. Terima kasih banyak2 atas kehadiran korg and maaf jika ada kekurangan.

CikPqah yg semakin cun.

CikPqah yg semakin cun.

Izyan yang dh jd mommy.

Izyan yang dh jd mommy.

Handmade photo prop from Gee. Thank you so  much Gee.

Handmade photo prop from Gee. Thank you so much Gee.

Chingu

Chingu

Masa ni liza tgh pregnant azra. Tapi skg dh ade amani.

Masa ni liza tgh pregnant azra. Tapi skg dh ade amani. 😀

Thanks korg...

Thanks korg…

Okeh, ni dh macam tour wedding. Next kami ke temerloh tuk #whi (Wedding Hazwan Izyan). 2nd time la jd bridesmaid. Gather dr mlm nikah hingga reception on the next day. Majlis belah laki di Cameron Highland chingu still teruskan tour ke sana tp aku xdpt join.

Kali ni bridesmaid siap beli kain 1 kayu.hahaha...

Kali ni bridesmaid siap beli kain 1 kayu.hahaha…

31.01.2014

31.01.2014

Bulan 5 2014 chingu masih teruskan tour wedding ke Terengganu, Wedding Aimi Usen. Aku tak dapat join jgk sbb adik bertunang. Sonok dorg g jln2 kat sana.

Raya tahun lepas sempat la buat makan2 kat umah, jemput sikit je kwn sbb buat kecik2 je n unplanned. Maaf kpd yg tak dijemput. Terima kasih korg sudi dtg. Rumah tu byk kenangan. 🙂

Hasif, Nad, Fazet, Nadz, Izyan, Gee, Afiqah, Efa

Hasif, Nad, Fazet, Nadz, Izyan, Gee, Afiqah, Efa

dan kali terakhir jumpa chingu, masa Izyan bersalin 19.05.2015. Excited sungguh kami, pas kerja terus tuju ke KJMC. Baby Izyan comel sangat. Masa ni chingu junior baru 3 org, skg dh 5.hahaha…cepatkan?hehe…

Chingu Junior (Azra, Furqan, Aydin)

Chingu Junior (Azra, Furqan, Aydin)

Aku baru 2 thn lbh jd ahli chingu, dh pjg berjela listkan memory ktorg, apatah lg dorg yg dh rapat dr matrik, confirm byk sgt kenangan dorg. Hope chingu relationship berkekalan smpai bila2. Byk lg kenangan yg akan tercipta and terima kasih sudi terima fazet jadi ahli chingu. 🙂

Note: Next tour wedding #syahirsiqinsampaisyurga di Kelantan. Maaf siqin xdpt dtg. Fazet doakan majlis berjalan lancar dan semoga masjid yang dibina diberkati hingga ke Jannah.

 

Main masak-masak

Pavlova

Mula-mula aku kenal pavlova dr FB la. Masa awal2 kecoh pasal pavlova, ramai la yg post gambar kat FB sampai penuh timeline aku dengan gmbr pavlova.huhu.. Time tu takde la rasa nak makan sangat, so takde la berusaha untuk mendapatkannya.hehe…

Sekali dah mengandung 8 bulan, teringin sangat. Memang suruh husband carikan la.hehe.. Aku search dulu kat google and tanya kawan2 kat mana ada jual pavlova yang sedap. Ade 1 suggestion place yang dekat jugak la dengan rumah.

Restoran Serai di Shaftsbury, Cyberjaya.

Source: Google Image

Ni la lebih kurang gambar kedainya. Sebab aku pun tak naik masa tu, tunggu je husband dalam kereta.hehe…

Dan ini lah hasilnya…..

*Pavlova & Macaroon*

*Pavlova & Macaroon*

Macaroon tu my hubby terlebih memahami ibu mengandung..hehe (padahal husband pun teringin nak merasa..ngee..) Bagi aku pavlova and macaroon dua2 sedap. hehe.. Nak dijadikan cerita, esoknya aku bersalin. Rasa berbaloi sangat dapat makan awal2, kalau tak tunggu lepas pantang la baru boleh makan. Itu pun belum tentu dapat makan ke tak..hahahaha…

For the second time aku makan pavlova, setengah tahun lepas tu. Terasa nak makan and kebetulan ofismate nak kirim dessert untuk hari guru sekolah anak die, aku pun tumpang sekaki order satu set mini pavlova.

Tada….Memang sedap! (aku ni sumenye sedap..hahaha)

Eh, tajuk main masak2, tp xde satu pun cite pasal aku memasakkan, sume beli..hahaha…Ada, terdetik la jugak dalam hati nak cuba baking sendiri pavlova ni sebab search resepi dalam banyak2 blog, bahan2 die sikit and senang je. Tapi kalau beli mesti mahal, lebih baik buat sendiri. Kebetulan plak last week baru beli oven (cewah..hehe). Murah je, asal boleh bakar-membakar (ada hati nak buat biskut raya sebenarnya..hehe..taktau la mampu ke tak nanti)

Hari ahad lepas ajak la husband beli barang2 sikit kat giant lepas bawak Furqan g klinik. Peh memang shopping barang baking banyak2 la. Smpai my hubby cakap, kalau xguna jugak tak tau la.huhu… Malam tu lepas dinner and lepas Furqan tido, mula lah sesi main masak2 mini pavlova aku..

Bahan-bahan:

4 biji telur (putih telur sahaja, jangan ada setitik pun kuning telur)
1 cawan gula kastor (ada orang pakai gula biasa, blend, pavlova tak menjadi)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makanan
+ Whipping Cream
+ Buah-buahan untuk hiasan

Cara-cara:

 1. Pukul putih telur sehingga kembang. Orang cakap smpai soft peak. Dalam 10 minit.
2. Masukkan gula kastor sikit-sikit dan pukul sehingga nampak berkilat, stiff peak. Dalam 15 minit.
3. Masukkan tepung jagung, esen vanilla, cuka dan pukul dengan kelajuan paling rendah sehingga nampak semua dah larut then siap.
4. Masukkan dalam piping bag, dan bentukkan la mengikut citarasa anda. Macam aku pipekan dlm paper cup. Ada yang terus bake macam kek tu pipekan atas baking paper, ada yang buat bulat2 macam roti cinnamon tu, ada jugak yg buat saiz petak2. Sukati korg la asal sedap.
5. Sementara tu panaskan oven dengan suhu 200C dalam masa 10 minit.
6. Process bentuk-membentuk dah siap, oven dah panas, masuk dan bakar la pavlova tersebut. Suhu 170C, 60 minit. Kalau dah 60 minit cek dalam masih lembut, tambahkan lagi masa dalam 10-15 minit.
7. Once dah siap, jangan kuakan lagi dari oven. Buka sikit pintu oven, biakan sejuk pavlova anda. (time ni rasa lebih elok buat bentuk macam kek tu je sebab xpayah la nak tunggu lama setiap kali bake lebih2 lagi kalau buat mini pavlova.huhu)
8. Sementara tunggu sejuk tu, boleh pukup whipping cream sehingga kembang. Then, masukkan dalam piping bag.
9. Marunge dah sejuk, pipekan la whipping cream and hias la buah-buahan ikut kreativiti masing2.
Dan sedia la untuk dimakan…

Nota: Gambar nanti la aku update sebab nak masak tak sempat nak amek2 gambar.hehe…

Bread Butter Puding

Esok 18/6/2015 dah start puasa. Jadi hari ni saja je la buat makanan sikit bawak g ofis makan breakfast ramai2 sebelum puasa. Hari tu dah baking pavlova then, teringat plak dah lama tak buat bread butter puding. Last buat time bujang baking sama2 dengan housemate sebab time tu housemate ada oven.hehe.. Dah kawen, oven dah takde, malas la nak fikir pasal buat2 kek ni. Setahun lebih jugak la tinggal.huhu.. Bahan2 pun dah beli masa g giant weekend hari tu plus dah ada oven (hehe), apa lagi excited la! hahaha…

Okeh, cam biasa la start membaking kul9 malam selepas dinner and selepas Mohammad Furqan selamat beradu. Papa dia plak keluar, nasib baik ada adik ipar dapat tolong la sikit. Sebelum tu, resepi ni diambil dari blog CikEpal ysng disuggest oleh my bestfriend (new mommy) tapi ada ubah suai sikit2. Mari kita mulakan…

Bahan-bahan puding:

Roti (ikut la brape keping nak guna)
Butter/Planta
Coklat Chip
*3 biji telur
*3 sudu besar gula
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu teh esen vanilla
*1 cawan susu segar

kuah castard:
1 cawan susu segar
2 sudu besar air
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

 1. Pukul bahan bertanda (*) hingga sebati.
2. Sementara tu, sapu roti dengan butter/planta di kedua2 belah permukaan roti dan susunkan di dalam loyang. (nak carik2 pun boleh, terpulang)
3. Tuang bahan yang dipukul ke dalam loyang berisi roti disapu planta tadi sehingga paras roti. (mampatkan agak2 sampai roti serap dan tenggelam sama tinggi dengan susunan roti. jangan sampai tenggelam tak nampak langsung roti..hehe..)
4. Lepas dah nampak roti dah kembang, tabur la coklat cip untuk hiasan (kismis pun boleh, ikut citarasa anda)
5. Sementara tu panaskan oven dengan suhu 180C dalam masa 10 minit.
6. Start la membakar puding roti tadi dengan suhu 180C, 30 minit. Kalau dah 30 minit cek dalam masih lembap, tambahkan lagi masa dalam 10-15 minit sehingga dalam betul2 masak.
7. Next kita buat sos castard dia. Satukan bahan2 castard di dalam periuk kecik, kacau hingga semua bahan larut.
8. Kemudian panaskan di atas dapur dengan api yang kecik sehingga nampak pekat. Dah siap, sejukkan and lepas tu simpan dalam peti tuk rasa lagi sedap.

Cara menghidang (nak jugak..hehe):

1. Potong puding roti dan letakkan diatas pinggan.
2. Tuangkan sos castard ke atas potongan puding roti.
3. Sedialah untuk dimakan.

Nota: Gambar nanti la aku update sebab nak masak tak sempat nak amek2 gambar.hehe…

Assalamualaikum semua…

Hari ni sangat mengantuk dan badan rasa penat. Weekend anak tak sihat, Furqan tiba2 je demam.

Hari sabtu siang tu ok je dia main and makan macam biasa. Aku pun sentiasa melekat dengan anak memandangkan hari sabtu adalah hari berehat kan…heheh… Papa dia plak keje malam, balik keje terus membongkang. Nak mintak tolong jagakan Furqan while mama dia buat keje kesian plak. Makanya aku pun amek kesempatan untuk goyang kaki..hehe… Petang baru masak  untuk en husband sebelum dia pergi kerja. Macam biasa la, hubby keluar je rumah, aku tutup lampu, tidokan furqan sambil tengok TV. Entah kenapa malam tu furqan tido tak berapa nyenyak, tengok jam dah pukul 10.biasanya die dh berdengkur dah..huhu..ni tak, kejap ke kiri, kejap ke kanan, pastu merengek even dah sapu minyak yuyi kat perut. Aku plak tengah melipat baju2 dia yang dah basuh siang tadi, dah tak tau cmne dah nak pujuk Furqan suruh tido, last2 masukkan dia dalam buaian. Lena plak tu dia tido. At the time aku nak tido and nak angkat dia keluar buai, dah rasa kepala dia panas semacam. duk buat relax lagi. susukan dia mcm biasa, tertido sekejap. Pukul 1 Furqan terjaga lagi dan merengek.kali ni badan dah mula panas.risau plak, amek la termometer and cek suhu dia, 38 celcius. Tak tau kenapa rasa blur and risau sangat. Maybe badan and kepala dia terlalu panas tak macam demam sebelum ni. Whatsapp my husband untuk inform anak demam, and sebenarnya berharap dia ada sekali untuk handle anak tengah demam.huhu.. Tapi nak buat mcm mane kan, dia tengah keje.

Aku pn amek inisiatif pegi basahkan sapu tangan dengan air suam, lap2 badan furqan, tanggalkan baju dia semua. Tapi aku tutup kipas sebab hari hujan, tak pasang kipas pun aku dah sejuk, inikan pula anak yang tak berbaju. Takpe lah, janji ada udara yang lalu pada badan dia and terpaksa tidokan dia dalam buai sebab dia taknak tido kat atas toto. Aku as a mom, and all moms memang setuju kot bila anak tak sihat, walau mengantuk macam mane pun kite, tak boleh langsung nak tido. Sekejap tengok anak dalam buai, sekejap rendam sapu tangan dalam air suam lap badan anak, sekejap cek suhu anak, memang nak lelap pun susah la. Dekat kul 5 pagi, suhu badan Furqan dah turun sikit baru lega. Pagi tu kul7 lebih dah mandikan die, rendam dalam air suam biar panas badan berkurang. Dia apa lagi, memang seronok la mandi air suam tak kire la pagi ke malam..huhu.. Then dah siap semua, aku ngn hubby bawak Furqan g klinik. Suhu pagi tu still turun naik lagi. Masuk bilik doctor, after explain Furqan demam, tibe2 kene puji.

Doc: Saya nak puji la. bagus puan lap badan anak dengan tuala basah dan bukak baju dia bila tau baby demam bia panas badan dia diserap keluar. sebab masih ada sesetengah orang masih amalkan pakaikan anak dengan pakaian tebal or selimutkan anak sampai berpeluh. sedangkan panas tu masih ada lagi dalam badan anak yang akan menyebabkan demam anak berpanjangan.

Kembang sekejap..hehe.. After doc cek jantung and paru2 Furqan, die cek tekak plak sebab aku ada cerita Furqan kurang sikit minum susu. Doc cakap tekak dia merah sikit. Baru la aku tau sebab tekak dia sakit tu la kot dia demam. Klu demam lebih 3 hari takut tonsil bengkak je. Balik rumah, lepas bagi Furqan makan, aku pn bg ubat kahak and ubat demam yang doctor bagi. (okeh, kat sini aku tak kisah orang nak kutuk aku ke apa sebab bagi anak yang belum dua tahun makan ubat klinik. bg aku ini atas tawakal kita. aku pun xde la bagi ikut dos yang doc suggestkan. just 1ml and sekali je aku bagi.) Alhamdulillah, lepas bagi makan ubat, Furqan tido lena, and suhu pun dah turun. Pagi ni pergi kerja mcm biasa, badan Furqan pun dah tak panas. Bangun tido pun main gelak2 dengan papa dia. #muahcikedmyprecious

Nota: anak mama saja nak bermanja dengan mama dihujung minggu. nak buat mama lebih sayangkan dia. and nak bagi tau dia demam sebab tambah akal nak pandai sesuatu memandangkan lagi 3 hari my son genap 7 bulan. hehe..

I, Me, Myself – Part 1

Assalamualaikum semua…

My Education Background

Sekolah Rendah (1995-2000)
Macam biasa kite sume umur 7 tahun sampai 12 tahun masuk sekolah rendah. Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah (SKTF), Bentong. Masa ni my family bermastautin di Bentong sejak tahun 1992 lagi sehingga la kami sekeluarga berpindah ke kampung halaman ayah di Muar pada tahun 2009. Hampir 18 tahun tu, memang xsuka langsung bila ayah cakap nak pindah kampung..huhu..yela, kawan2 sume kat bentong..pindah muar nnt dh xde kawan dh..hahah..

Sekolah Menengah (2001-2005)
Continue tingkatan 1 hingga tingkatan 3 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong (SMKB), Benus. Baru umur 13 tahun dah kene duduk asrama, berdikari sungguh..haha…Kenapa sampai tingkatan 3 je?? Alhamdulillah Allah bagi peluang aku dapat keputusan cemerlang dalam PMR. So, tingkatan 4 dioffer masuk sekolah berasrama penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) which is masa tu xtau langsung sekolah tu sekolah agama yang bagus dimana orang berebut2 nak masuk sekolah tu..huhu..aku punye la taknak masuk sekolah tu sebab xsanggup tinggal kawan2 yang dah rapat kat bentong..But no choice, have to sebab ayah yang suruh..die siap tanya kawan2 die pasal sekolah tu..Terharu, bersungguh ayah nak masukkan anak ke sekolah yang bagus..Dah masuk sekolah tu memang culture shock sebab aku ni bukan la baik sangat, bukan la jahat sangat..huhu…Macam biase la ade orientation bagai, mmg sape tak tahan tak sampai seminggu dah berhenti sekolah tu..tapi aku fikir ayah dah bayar semua yuran, accept je la dan lama2 boleh terima suasana dan cara sekolah tu..Alhamdulillah habes jugak study kat sana sampai SPM.. Result SPM?? Biase2 je..hehehe…

Pusat Asasi (2006-2007)
Setelah setengah tahun bercuti, dapat la tawaran masuk Matrikulasi Gambang, Kuantan untuk pengajian 1 tahun dalam jurusan sains. Tapi entah kenapa aku takde perasaan langsung nak masuk matrik..Dari habes SPM hati nak masuk UIA je (konon nak stay dengan islamic environment).. As usual ayah, my hero try his best for my request..huhu..anak manja ayah la katakan..Mintak tolong la sedara yang masa tu kebetulan uruskan kemasukan pelajar ke Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya.. Alhamdulillah semua process lulus dan beramai2 la hantar aku masa pendaftaran..Ramai yang dah tau, mula2 masuk matrik UIA mesti kene attend macam2 exam..

  • EPT: English Placement Test. Level 5 dari 6.
  • APT: Arabic Placement Test. Exempted.
  • Quran Recitation: Exempted
  • Fardhu Ain: Exempted.

Dengan result diatas, dapat la aku pendekkan course ke setahun setengah (3 semester)..Ok la daripada 2 tahun, cepat setengah tahun la masuk main campus..hehe..Tapi ada jugak conflict awal2 semester tu, masa isi borang apply jurusan akaun, sekali entah kenapa semua yang apply jurusan akaun dan sains fizik kene buat lagi satu test:

  • Akaun/IT Test: Kene pilih dari 5 pilihan yang tersenarai (Accounting, Computer Science, Information Technology, Business, Administrator). Ini lah pilihan aku ikut turutan. After a week result keluar, member call nama aku ada dalam senarai yang kene tukar ke course ICT. Memang frust gler la, try apply course account balik, jumpa HOD semua, xlepas jgk..Pasrah je la dgn hati xrela sgt time tu..

Seingat aku, first class yang aku masuk, kelas english..Disini la aku jumpa best friend aku and sejak tu pegi semua class dengan dia walaupun mahallah berbeza. Then, first society yang aku join, Information Technology Society (INTECHSS). First meeting adalah kenangan paling manis sbb bermula lah kisah cinta with my hubby..hehe (Nanti cerita kat entry lain ye)..Okeh, dah panjang sangat cerita pasal kat matric ni, macam2 kenangan dalam setahun setengah.. Tamat la pembelajaran aku di Pusat Asasi pada bulan Oct 2007. Berehat di rumah 2-3 minggu, sambung masuk main campus plak bulan Nov 2007.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008-2011)
Life kat main campus lagi mencabar. Berebut nak daftar subject tiap2 awal semester, kelas ganti, kelas hujung minggu la, berjalan dari mahallah yang jauh nak ke class. 4 tahun kat sane, mana tak macam2..hahah..So aku point2 kan je la ye yang mana best sebab kalau nk cite semua, memang sampai tahun depan tak habes..hahah…

  1. First, mesti la ramai best friends..hehe..mane taknye most of the class, kalau buat grouping dengan orang sama..So jadi rapat sangat sampai final year even mahallah dah jauh2.. Ok, you know who you are.
  2. Club yang aktif, ICTSS & Gamelan..Tp plg aktif gamelan la..best sebab suka main gamelan dr KISAS lg and suka g jln2 dengan geng2 gamelan perform at small and big event, perform kat wedding orang, dapat makan free..hehe..and ade yang dpt payment..
  3. Overnigth. Ni activity yang xleh ditiru ye..biasa la student, ada la yang nak mencuba..tak ingat bila first time overnight, tp klu overnigth ktorg lepak kat dataran merdeka, bukit ampang, round2 KL..Release tension kononnye..
  4. This is one of the memory. Second last semester for Final Year Project (FYP). Projek yang berjalan sakan…hahaha…Pegi Penang untuk research tapi selitkan dengan bercuti..hehe..Then pegi UTP, pegi Penang lg with the great team members. Our project selected for the showcase which was held on my birthday 21 April 2011. After showcase, hang out dengan dorg and ada kejutan birthday aku..Terharu sungguh, sayang korg yg menjayakan surprise tersebut..
  5. Industrial Attachment. Nama lain panggil praktikal.. Alhamdulillah dapat rezeki praktikal kat company SAP selama 6 bulan. Pengalaman yang bernilai..Pd Oct 2011, tamat la 4 tahun pembalajaran aku kat UIA.

Ok la, sampai sini je la dulu..kite sambung Part 2 with my carrier life..
Selamat membaca..Assalamualaikum..

Kenangan

Assalamualaikum..

Wah, lama betul tak update blog ni. Dari July 2013 last update, sekarang May 2015 baru terpanggil untuk menulis balik kat dalam ni..hehe… Ni sume gara-gara dah terlalu boring and tak de keje langsung kat office. Then #chingu’s sume sibuk mengupdate blog masing2. One of my #chingu support me untuk sambung balik menulis dalam blog ni. (ape dah kejap melayu, kejap english).

So. this is my first entry for the year 2015. Banyak kenangan sepanjang tahun 2013-2015 ni. Rasa macam kene buat entry by year plak..tp confirm panjang berjela jgk..huhu.. Nanti la, nk kene kumpul dulu gambar2 yg menarik untuk di upload skali sebab people more interested with the graphic rather than words..kan?kan?

p/s: okeh, kite jumpa next entry. bye.. 😀

Sahabat

Sahabat,

Walaupun sudah lama kita tak jumpa tapi kenangan kita tak kan pernah kulupa. Namamu akan selalu terukir indah didalam hatiku. Teriring do’a dan kata maafku sebagai bentuk penyesalan yang tak pernah dapat kulupa. Maafkan aku andai aku mengganggu ketenteraman jiwamu. Maafkan aku andai perlakuanku selama ini mengguris hatimu. Namun perlu kau tahu bahawa tidak pernah pun terlintas sepanjang persahabatan kita untuk aku mengkhianatimu, apalagi menyakitimu. Tidak pernah.

Sahabat,

Maafkan aku jika di pandangan matamu aku kelihatan seperti seorang sahabat yang jahat. Bukan maksudku begitu, tidak sekali-kali. Mungkin kau tidak dapat memahami perkataanku pada hari ini, namun aku berdoa semoga Allah membukakan hatimu suatu hari nanti. Aku tidak membencimu kerana dirimu, namun mungkin suatu hari bila kau melihat dengan mata hatimu yang sebenar-benarnya, kau akan fahami satu persatu khilafmu, mungkin juga, kau akan dapat melihat nilai sebenar seorang sahabat.

Seandainya suatu hari nanti hatimu telah merasa tenang dan kau telah dapat melihat dengan mata hatimu, dan kemudian kau merasa rindu kepadaku, aku mahu kau ingat pesanku ini, bahawa aku sentiasa di sini untuk menerima dirimu, andai saja kau telah bersedia untuk menerima hadiah dariNya.

Rindunya aku kat die..sampai termimpi2..die masih marah kat aku lagi ke ntah..atau macam aku skg, rindu nk borak2, gosip2, lepak kat bilik same2..banyak kenangan aku dengan die..bukan niat aku tuk menjarakkan hubungan ini, tapi keadaan memaksa..aku cube memberanikan diri tuk contact die, tapi aku takut..aku takut aku yang akan kecewa dengan jawapan2 nya..and aku xtau nak mulakan perbualan dengan topik ape..teruknya aku ni..Ape pn, aku akan sentiase doakan die bahagia and berjaya in her life..

:. Kisah Cinta .:

Ini semua gara-gara drama bersiri kat TV3. Lakonan Shaheizy Sam and Fazura bertajuk “Kisah Cinta”. Hehe.. Sangat suka cara mereka berdua berlakon yang nampak natural tapi Sam agak manja (menyampah ckit) dlm cite ni. Itu lah sedikit preview on my first entry today. Huhu..

Setiap Selasa, 9 Malam.

Setiap Selasa, 9 Malam.

Actually this is my first time tulis blog. Agak janggal and excited. Hehe.. Thank to my fiancee yang tolong mengadakan blog ni. Love u so much!

The reason kenapa aku rasa tbe2 nk ade blog sendiri sebab aku rindukan seorang kawan baik aku (ada kaitan ke?) huhu.. Aku sangat rindukan die. Try to search nice word or quote on internet about ‘cara memohon maaf kepada kawan baik’ tuk post kt FB. Tp tu la, FB kn ramai kawan yg blh tgk and aku fikir banyak kali jgk la klu post takut2 la ada yg tersinggung ke. Then, most of the searching result shows few blogs yang menarik. Dr ctu aku terus terfikir lebih baik luahkan kt blog je. Org tertentu je dapat baca (ade ke org nk baca blog ak huhu).