Roti Jala Resepi Mak

Assalamualaikum…

Aku baru balik shopping barang buat biskut raya. Mula2 ofismate ajak g giant kat The Mines tu, aku ok je la sbb nak cari cornflakes and butter je. Sampai giant, tangan ni laju je capai macam2,hahaha…Kalau ada laki aku dah kene bebel dah. Siap ice cream Walls TimTam yang baru tu, baby bite and cerelac untuk Furqan aku borong. Sedang plih2 barang, ofismate cakap nak g Bagus kat Sg Besi. Aku apa lagi, on je la.hahaha… Bagus adalah kedai menjual barang2 bakery. Memang kat Bagus takde sape la boleh control aku. Sume benda aku capai dan berharap dapat buat la 2, 3 jenis biskut raya weekend ni.

Okeh, entry ni bukan nak cite pasal buat biskut raya, tapi nak tepek and simpan resepi roti jala kat sini. Penghasilan biskut raya nanti aku compile and akan tulis bila sume biskut raya dah setel by end of this week ok?hehehe… Kemarin memang blur nak buka pose ape. Husband plak cadang buat kari ayam. Aku terus terfikir nak buat roti jala la. Lagi pun boleh tambah roti canai segera yang dah ada dalam peti. So semua makanan menggunakan main dish yang sama, Kari Ayam. Husband terus call adik ipar kat umah suh keluarkan ayam dari freezer. Aku plak call mak aku nak tanya resepi roti jala. Mak aku boleh cakap senang je nak buat roti jala tu. Pergh… Dah dengar resepi mak aku, aku pun balas “la…senang je. Memang resepi mak lah…hehehe“.

1 cawan tepung gandum
secubit garam
1 biji telur
1/2 cawan air
sedikit pewarna kuning

cara2nya?? Aku blend je sume.hahaha… Then panaskan pan, gris dengan minyak masak. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan roti jala, dan mulalah menjala.hehe…

Makesure adunan tidak begitu pekat atau berketul. Bagi die smooth je dijala.

Makesure adunan tidak begitu pekat atau berketul. Bagi die smooth je untuk dijala.

Agak dah masak, angkat and gulungkan ikut citarasa anda.

Agak dah masak, angkat and gulungkan ikut citarasa anda.

Untuk kari ayam aku buat simple je. Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah 4 sekawan. Masuk 1 senduk kari. Then masukkan ayam & kentang, kacau sampai semuanya dah dipenuhi kari. Masukkan santan 1 kotak (aku guna santan M&S kotak paling kecik) and 1 kotak air (isi air dalam kotak santan tadi, goncang2 dulu sebelum tuang). Kacau kuah sampai didih, tambah garam secukup rasa. Bila ayam dan kentang dah empuk, tutup api and sedia untuk dihidang. 😀

Note: Sape nak cuba tu selamat mencuba ye. 🙂

Muffin Pisang Coklat Chip

Assalamualaikum…

Sebenarnya, sepanjang bulan puase kali ni banyak resepi yang aku first time buat and redah je cuba ikut resepi2 dalam blog orang lain. Baru seminggu berpuasa, aku cuti tak pergi kerja sebab Furqan demam lagi. Bawak dia pergi klinik but Doc said nothing to worry. Demam biasa mungkin dapat dari budak2 di rumah pengasuh sebab tekak and paru2 dia normal je. The best thing, Doc was so nice sebab aku and husband bagi tau ktorg ada batuk2 and selsema, die cek and senang je bagi MC.haha…Memang lepas ni kalau rasa tak sihat, confirm pergi klinik ni lagi. 😀

Balik je rumah, lepas bagi Furqan makan and tidokan die, aku masuk dapur (konon nak kemas dapur la). Sekali masuk dapur pisang yang mak mertua kirim dah nak masak sangat dah. As pempuan memang pening la nak fikir nak masak apa daripada busuk tak makan and bazir buang je. Nak buat cekodok pisang or pisang goreng dah boring, nak buat kek pisang macam takde la plak orang nak makan bulan2 pose ni. Then terfikir nak buat muffin since boleh makan sikit2 and simpan. So bermulalah searching resepi muffin pisang.

Aku guna semua pisang yang ada.

Aku guna semua pisang yang ada.

pisang
1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/3 cawan mentega yang di cairkan (lebih kurang 75gm)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum – balancekan dengan kuantiti pisang.

Di dalam bekas lain, pukul telur dan gula kastor sehingga rata. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan pukul lagi. Dah nampak sekata, tuang bahan yang dipukul ke dalam bekas pisang yang dilenyek tadi dan kacau. Masukkan soda bikarbonat, baking powder and garam. Dan last skali masukkan tepung gandum sikit2 sampai nampak adunan tak berapa padat, tak berapa cair. (ni kene pandai2 sendiri la kot, aku tak reti nak cakap cmne.hahaha…)

Tuang adunan tadi ke dalam cawan muffin (kira-kira 3/4 cawan), dan taburkan coklat chip ke atasnya. Bakar dalam 20minit dengan suhu 170C atau sehingga masak dan bolehlah di hidangkan.

Ihsan google. Sendiri punya lupa nak capture.

Ihsan google. Sendiri punya lupa nak capture.

Since di bulan mulia ni digalakkan berkongsi, baking aku dapat dalam 20 cup, aku pun tapau sikit bagi jiran sebelah. Tengah tunggu azan nak buka pose, akak sebelah bagi plak Healthy Pasta. Pergh, memang menarik and sedap la. Ok la, selamat berpuasa and selamat berbuka kawan2.

Main masak-masak

Pavlova

Mula-mula aku kenal pavlova dr FB la. Masa awal2 kecoh pasal pavlova, ramai la yg post gambar kat FB sampai penuh timeline aku dengan gmbr pavlova.huhu.. Time tu takde la rasa nak makan sangat, so takde la berusaha untuk mendapatkannya.hehe…

Sekali dah mengandung 8 bulan, teringin sangat. Memang suruh husband carikan la.hehe.. Aku search dulu kat google and tanya kawan2 kat mana ada jual pavlova yang sedap. Ade 1 suggestion place yang dekat jugak la dengan rumah.

Restoran Serai di Shaftsbury, Cyberjaya.

Source: Google Image

Ni la lebih kurang gambar kedainya. Sebab aku pun tak naik masa tu, tunggu je husband dalam kereta.hehe…

Dan ini lah hasilnya…..

*Pavlova & Macaroon*

*Pavlova & Macaroon*

Macaroon tu my hubby terlebih memahami ibu mengandung..hehe (padahal husband pun teringin nak merasa..ngee..) Bagi aku pavlova and macaroon dua2 sedap. hehe.. Nak dijadikan cerita, esoknya aku bersalin. Rasa berbaloi sangat dapat makan awal2, kalau tak tunggu lepas pantang la baru boleh makan. Itu pun belum tentu dapat makan ke tak..hahahaha…

For the second time aku makan pavlova, setengah tahun lepas tu. Terasa nak makan and kebetulan ofismate nak kirim dessert untuk hari guru sekolah anak die, aku pun tumpang sekaki order satu set mini pavlova.

Tada….Memang sedap! (aku ni sumenye sedap..hahaha)

Eh, tajuk main masak2, tp xde satu pun cite pasal aku memasakkan, sume beli..hahaha…Ada, terdetik la jugak dalam hati nak cuba baking sendiri pavlova ni sebab search resepi dalam banyak2 blog, bahan2 die sikit and senang je. Tapi kalau beli mesti mahal, lebih baik buat sendiri. Kebetulan plak last week baru beli oven (cewah..hehe). Murah je, asal boleh bakar-membakar (ada hati nak buat biskut raya sebenarnya..hehe..taktau la mampu ke tak nanti)

Hari ahad lepas ajak la husband beli barang2 sikit kat giant lepas bawak Furqan g klinik. Peh memang shopping barang baking banyak2 la. Smpai my hubby cakap, kalau xguna jugak tak tau la.huhu… Malam tu lepas dinner and lepas Furqan tido, mula lah sesi main masak2 mini pavlova aku..

Bahan-bahan:

4 biji telur (putih telur sahaja, jangan ada setitik pun kuning telur)
1 cawan gula kastor (ada orang pakai gula biasa, blend, pavlova tak menjadi)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makanan
+ Whipping Cream
+ Buah-buahan untuk hiasan

Cara-cara:

 1. Pukul putih telur sehingga kembang. Orang cakap smpai soft peak. Dalam 10 minit.
2. Masukkan gula kastor sikit-sikit dan pukul sehingga nampak berkilat, stiff peak. Dalam 15 minit.
3. Masukkan tepung jagung, esen vanilla, cuka dan pukul dengan kelajuan paling rendah sehingga nampak semua dah larut then siap.
4. Masukkan dalam piping bag, dan bentukkan la mengikut citarasa anda. Macam aku pipekan dlm paper cup. Ada yang terus bake macam kek tu pipekan atas baking paper, ada yang buat bulat2 macam roti cinnamon tu, ada jugak yg buat saiz petak2. Sukati korg la asal sedap.
5. Sementara tu panaskan oven dengan suhu 200C dalam masa 10 minit.
6. Process bentuk-membentuk dah siap, oven dah panas, masuk dan bakar la pavlova tersebut. Suhu 170C, 60 minit. Kalau dah 60 minit cek dalam masih lembut, tambahkan lagi masa dalam 10-15 minit.
7. Once dah siap, jangan kuakan lagi dari oven. Buka sikit pintu oven, biakan sejuk pavlova anda. (time ni rasa lebih elok buat bentuk macam kek tu je sebab xpayah la nak tunggu lama setiap kali bake lebih2 lagi kalau buat mini pavlova.huhu)
8. Sementara tunggu sejuk tu, boleh pukup whipping cream sehingga kembang. Then, masukkan dalam piping bag.
9. Marunge dah sejuk, pipekan la whipping cream and hias la buah-buahan ikut kreativiti masing2.
Dan sedia la untuk dimakan…

Nota: Gambar nanti la aku update sebab nak masak tak sempat nak amek2 gambar.hehe…

Bread Butter Puding

Esok 18/6/2015 dah start puasa. Jadi hari ni saja je la buat makanan sikit bawak g ofis makan breakfast ramai2 sebelum puasa. Hari tu dah baking pavlova then, teringat plak dah lama tak buat bread butter puding. Last buat time bujang baking sama2 dengan housemate sebab time tu housemate ada oven.hehe.. Dah kawen, oven dah takde, malas la nak fikir pasal buat2 kek ni. Setahun lebih jugak la tinggal.huhu.. Bahan2 pun dah beli masa g giant weekend hari tu plus dah ada oven (hehe), apa lagi excited la! hahaha…

Okeh, cam biasa la start membaking kul9 malam selepas dinner and selepas Mohammad Furqan selamat beradu. Papa dia plak keluar, nasib baik ada adik ipar dapat tolong la sikit. Sebelum tu, resepi ni diambil dari blog CikEpal ysng disuggest oleh my bestfriend (new mommy) tapi ada ubah suai sikit2. Mari kita mulakan…

Bahan-bahan puding:

Roti (ikut la brape keping nak guna)
Butter/Planta
Coklat Chip
*3 biji telur
*3 sudu besar gula
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu teh esen vanilla
*1 cawan susu segar

kuah castard:
1 cawan susu segar
2 sudu besar air
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

 1. Pukul bahan bertanda (*) hingga sebati.
2. Sementara tu, sapu roti dengan butter/planta di kedua2 belah permukaan roti dan susunkan di dalam loyang. (nak carik2 pun boleh, terpulang)
3. Tuang bahan yang dipukul ke dalam loyang berisi roti disapu planta tadi sehingga paras roti. (mampatkan agak2 sampai roti serap dan tenggelam sama tinggi dengan susunan roti. jangan sampai tenggelam tak nampak langsung roti..hehe..)
4. Lepas dah nampak roti dah kembang, tabur la coklat cip untuk hiasan (kismis pun boleh, ikut citarasa anda)
5. Sementara tu panaskan oven dengan suhu 180C dalam masa 10 minit.
6. Start la membakar puding roti tadi dengan suhu 180C, 30 minit. Kalau dah 30 minit cek dalam masih lembap, tambahkan lagi masa dalam 10-15 minit sehingga dalam betul2 masak.
7. Next kita buat sos castard dia. Satukan bahan2 castard di dalam periuk kecik, kacau hingga semua bahan larut.
8. Kemudian panaskan di atas dapur dengan api yang kecik sehingga nampak pekat. Dah siap, sejukkan and lepas tu simpan dalam peti tuk rasa lagi sedap.

Cara menghidang (nak jugak..hehe):

1. Potong puding roti dan letakkan diatas pinggan.
2. Tuangkan sos castard ke atas potongan puding roti.
3. Sedialah untuk dimakan.

Nota: Gambar nanti la aku update sebab nak masak tak sempat nak amek2 gambar.hehe…